







|

¡¡
Penubuhan Sumatec Petroleum di Indonesia peringkat akhir
Berita Harian, 22 April 2005
SUMATEC Resources Bhd (Sumatec) menerusi anak
syarikat milik penuhnya Sumatec Petroleum
Development Sdn Bhd (Sumatec Petroleum), kini pada
peringkat akhir untuk memuktamadkan penubuhan sebuah
syarikat usaha sama cari gali minyak di Indonesia
Sumber berkata, penubuhan syarikat usaha sama itu
yang dijangka dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan
lagi akan bertanggungjawab bagi kerja cari gali
minyak di luar pesisir pantai Jawa Tengah.
¡°Sumatec kini sedang menghalusi perincian penubuhan
syarikat usaha sama itu dengan rakan kongsinya di
Indonesia.
¡°Pada masa sama rundingan juga diadakan dengan
syarikat minyak Indonesia, Pertamina, yang bertindak
sebagai institusi kawal selia segala operasi minyak
di republik itu,¡± katanya sambil menambah telaga
minyak di luar pesisir pantai Jawa Tengah itu
dianggarkan mampu menghasilkan sehingga 5,000 tong
minyak mentah sehari.
Sumber itu juga memberitahu, Sumatec muncul sebagai
pembida terendah bagi mendapatkan kontrak pembinaan
stesen pemampat gas asli bernilai US$30 juta (RM114
juta) di Turki Timur.
Sumatec mengemukakan bida bagi projek itu bersama
sebuah syarikat Turki, katanya.
Sumber itu berkata, langkah Sumatec itu dilihat
sebagai usaha ¡¯keluar¡¯ daripada perniagaan terasnya
iaitu kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan
penyelenggaraan (EPCC) bagi industri berkaitan
petrokimia dan minyak dan gas.
Baru-baru ini Sumatec mengumumkan akan mengambil
alih empat syarikat perkapalan Semado Maritime Sdn
Bhd, Semua Shipping Sdn Bhd, Oil Supply Sdn Bhd dan
Mini Tanker Chartering Sdn Bhd pada pertimbangan
RM50 juta.
Syarikat perkapalan terbabit memiliki gabungan enam
kapal tangki persisiran pantai dengan kapasiti
keseluruhan 33,000 tan metrik dan dipajak bagi
tempoh jangka pendek dan panjang.
Pelanggan utamanya termasuk Shell Trading Sdn Bhd
dan ExxonMobil Borneo Sdn Bhd.
Sumatec ketika ini terbabit dalam kerja
mengendalikan pakej pembinaan bersepadu pelbagai
disiplin seperti kerja sivil, fabrikasi keluli,
pemasangan paip mekanikal, tangki penyimpanan serta
pengendalian peralatan elektrikal.
Di samping itu, Sumatec terbabit dalam pelbagai
disiplin pakej pembinaan kegiatan hiliran industri
minyak dan gas dan petrokimia.
Ia mempunyai pejabat di Abu Dhabi; Cameroon; Chad
dan cawangan pejabat di Khartoum, Sudan; Baku di
Azerbaijan; dan Phnom Penh di Kemboja. [ back
]
|
 |