![]() ![]() |
|
Bernama, 1 April 2009 Anak syarikat milik penuh Sumatec Resources Bhd, Sumatec Corporation Sdn Bhd dan syarikat rakannya di Thailand, EC Chemical Bio Co Ltd telah dianugerahi kontrak RM254.16 juta untuk membina sebuah kilang bio-etanol di Thailand. Konsortium itu akan bertanggungjawab bagi kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentaulihan kilang bio-etanol berkapasiti 500,000 liter sehari yang lengkap dengan kilang biogas, kilang baja organik dan kilang pengeluaran cip di Prachinburi. Kilang itu dijangka disiapkan di dalam tempoh 20 bulan, kata syarikat itu di dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini, Rabu. Ia menyatakan bahawa kilang itu akan menggunakan cip "cassava" sebagai bahan mentahnya. Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan keseluruhan dan nilai pemegang saham Sumatec bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2009 dan 2010. [
back
] |
||
| Copyright © 2004 by Sumatec Resources Bhd. All rights reserved. | ||